haharox_91. Powered by Blogger.
RSS

Followers

CeritaKU!!!



Assalammualaikum wb.t semua!! 


Do what makes you happy, be with someone who makes you smile, laugh as much as you breathe and love as long as you live!!! (@-@)!




Rasanya lama aku stop berbloging nie.. windu memang rindu sangat nak luahkan dan berkongsi cerita setiap apa yang kita lalui setiap hari...  Kali terakhir aku mengupdate blog nie bulan 4 yang lepas.. terlalu banyak benda yang berlaku.. Insyallah akan aku cuba berusaha untuk berkongsi segala-galanya.. Alhamdulilah pada bulan November aku telah dapat surat untuk disahkan Jawatan.. Thanks Allah!!


Kalau dikira-kira selama 1 tahun 4 bulan aku telah berkhidmat di UKM sebagai setiausaha. Alhamdulilah masuk dalam bidang perkerjaan bukanlah satu benda yang mudah. Kita kena sentiasa membiasakan diri dengan suasana yang baru.. Tapi kerinduaan terhadap kawan-kawan aku masih lagi di ruang hati ini.. Rasanya begitu banyak kenangan yang indah tercipta. Ya! betullah kata orang, zaman persekolahan lah yang paling dirindui. Sekarang dah berkerja rasanya kurang masa untuk meluangkan masa bersama-sama. Kini masing-masing dah ada kehidupan yang perlu dijalani..  

Kerja pula memberi aku peluang untuk belajar tentang cabaran kehidupan yang sebenar. Ia mengajar dan mendidik aku untuk menjadi lebih mantang dalam menetapkan apa yang kita inginkan dalam hidup. Bila dah kerja aku merasai sendiri kepayahan dan kesusahan kedua orang tua aku untuk menampuang kehidupan sehingga aku mampu membesar seperti kini. Tapi perasaan mendapatkan hasil dari pada titik peluh sendiri adalah sesuatu yang begitu besar untuk diperkataan. Bila dah berada dalam bidang pekerjaan, ia membuatkan kita semakin matang untuk menghadapi onak duri kehidupan...Pelbagai ragam manusia kita dapat lihat dan sifat-sifat manusia yang sebenar. Tapi itulah yang mencorakkan kehidupan seharian kita. 

Alhamdulilah, kini aku sudah bergelar siswa... doaku dimakbulkan oleh Allah untuk menyambung pengajian. Kini aku berada pada semester pertama. Betul! Bukan mudah bagi seseorang yang bekerja sambil belajar. Memang sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Tapi orang kata "Nak seribu daya" . Aku memilih bidang Public Managemant di peringkat Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia. Suasana belajar di Universiti jauh berbeza sewaktu aku belajar di Politeknik dulu. 






Kenang sewaktu our first class........ Suraya, Anisah, Ummul (kami daftar bersama-sama)



Insyallah, jika terdapat kesempatan masa.. aku akan update lagi cerita-cerita lain.. Jom kita memotivasikan diri kita dengan membaca kata-kata hikmah yang mampu membakar semangat kita!!!!!!!!!!!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
There was an error in this gadget